Tuesday, 30 March 2021

KEK Accident

Tahun ni dan setakat ini (these first 3 months of 2021), setiap bulan aku up new posting. But that’s not my intention at all, nor my year 2021 resolution, one month one post. Hahahaha. But things just happened and my life seems not too dull anymore since I always have something to write about these days. Hahahaha. Or maybe it just me who just feel motivated to start writing actively again.

.....................................................................................................................................................

Selepas kerajaan umumkan boleh rentas daerah untuk PKP 2.0 kali ni, me and my family went to Cik Da’s place at Kajang on Saturday, 6th March 2021 to discuss family matters. Kitorang konvoi 2 buah kereta, kereta abang (abang, Kak Emma, ummi dan kakak) dan kereta aku (aku dan Eisya). On the way balik dari Kajang, around 10.30 pm aku accident.

Aku sendiri tak berapa pasti macam mana boleh accident. Aku tak mengantuk, aku tak bergurau dengan Eisya, aku tak karaoke kaw kaw, hahahahaha. I am really focusing on the road that time (I’ll tell later why I’m so focus that night). Kereta tetiba macam menyenget ke kiri and masa tu ada kereta putih sebelah aku. So aku pun pusingkan stereng ke kanan dengan lembut sebab aku bukan dalam keadaan terkejut pun, tapi my car suddenly lost control and went zig zag few times until I hit the divider. Dan disebabkan terlanggar divider, kereta aku mengundur ke belakang sikit dan berpusing di tengah jalan. I don’t realize how many times we are spinning in the middle of the road but it feels like 2 times kot. Kot. Then I tried to push the brake and luckily my car stopped. So aku try lah sambung drive because I thought it was nothing serious, sebab aku tak langgar orang dan mungkin bumper depan je jatuh sikit sebab langgar divider. Tapi kereta keluarkan bunyi pelik macam bergesel, scratching. Kitorang dah takut, terbayang yang kereta mungkin akan meletup. Hahahaha. The sound was scary so aku terus bagi signal ke kiri dan berhenti tepi jalan. Cepat-cepat kitorang keluar. Then check kereta, barulah tahu tayar aku dah pecah, yang bergesel tadi tu sport rim, bergesel dengan jalan :’)




And here it is where the story become more interesting and quite fishy. But I think I’m not going to tell the whole thing here because I don’t have a prove or what so ever to say this thing. So, I’ll just write it briefly (hopefully, hahahaha). Keluar je kereta, ada 3 orang lelaki datang dekat kitorang, “Kenapa kak? Accident? Lost control ke?”. Something like that lah. Dan seorang ni dia keluarkan business card dia, “Ni business card saya, saya ada buat towing kereta”. That time aku dah click dah, something wrong somewhere. And few more things that they did and told us makes me reaaaaally think, 'Uh ohhh, this is not a good sign'. Fast forward, pungpangpungpang settle apa yang patut (report polis dan bawa kereta ke PERODUA), sampai rumah dalam pukul 2 pagi. 3 jam setengah disebabkan oleh … (I’m not gonna tell, dm me if you interested to know, hahaha).
 
Malam tu aku tak boleh tidur, pejam mata je terbayang kereta sedang berpusing-pusing. Pagi esoknya headache tak cukup tidur. Tapi Alhamdulillah, sekarang dah boleh bawa kereta tapi still takut-takut sikit.

I heard lots of accident experience from my friends and they said bila kejadian tu berlaku, kau akan rasa time is in slow motion mode. And yes, it is. I still remember how my car started to went zig zag, what Eisya said beside me, “Kenapa ni Abby?”, “Allahu Akbar!”, what I replied her, “Tak tahu”. LOL. I still remember aku sempat terbayang kitorang dekat hospital with the ventilator machine. Sempat juga fikir, aku dah sampai masa ke ni? Cukup ke amalan aku ni? Lot of things sempat fikir in-the-blink-of-an-eye incident. Dan sempat juga nampak clearly muka-muka tersebut yang sedang menunggu di tepi jalan untuk bertanya, “Kenapa kak?” semasa kereta sedang berpusing.

That was a new experience for me. Perhaps also a reminder from Allah.

A reminder to not always in lagha mode.
A reminder that mati tidak mengenal usia.
A reminder that Allah gives us the second chance to improve ourselves.
And a reminder to drive safely. Hahaha.

I have to admit sometimes I drive recklessly. This accident might also triggered by my way of driving. Mungkin kalau lebih berhati-hati, I’m not one of the victim that night. Yes, malam tu 3 buah kereta accident termasuk aku, which is sebelum dan selepas aku.
 
Aku kalau boleh tak nak sebut perkara ini, tapi aku nak sebut jugak. Hahahaha. Aku tak tahulah kenapa mulutku sungguh masin. Sebenarnya, pagi tu sebelum pergi rumah Cik Da lagi aku dah terdetik, 'Tahun ni aku tak accident lagi. Ni nak ke belah-belah Bangi ni (sebab 2 kali accident dekat Bangi so macam ada rasa phobia sikit bila pergi Bangi)'. Boleh pula kannn fikir ‘tahun ni aku tak accident lagi’ *roll eyes~ Tidak semena-mena fikir macam tu. And sepanjang perjalanan pergi balik memang aku cuba untuk betul-betul fokus sebab risau, 'Aku ni dah apahal fikir benda-benda macam ni'. Tapi things happen. Sepanjang aku memiliki KEK*** ni, setiap tahun aku accident kecuali tahun lepas sebab tahun lepas aku sangat skema menjaga SOP so aku keluar rumah untuk pergi kerja sahaja. Hahaha.


My accident experience :

2017 : Waktu intern di Bangi, dekat traffic light terlambat brek sikit so terlanggar kereta depan dan terkemek sikit bumper depan. Sangat sikit.

2018 : Dekat Bangi juga, waktu tu baru balik dari office Bangi. Lori langgar cermin sisi kiri kereta masa dia nak tukar lane. Patah terus cerminnya.

2019 : Orang langgar bumper belakang dekat parking area Taman Tugu Negara. Dia duk teleng-teleng cari parking sampai tak perasan aku dah berhentikan kereta untuk bagi laluan kereta depan keluar parking.

2021 : Kejadian ini.


Tapi aku sangat sangat bersyukur, waktu kejadian itu berlaku, I wasn’t panic at all. Eisya je nangis. Mungkin sebab dah selalu accident kot. Haha. I still can ‘hehe’ Eisya and calmly said “Tak tahu” when I braked the car after the spinning incident. I still can think straight and call abang yang dah kat depan and said, “Abang, kitorang accident. Abby dengan Eisya okay je, kereta je tayar pecah blablabla”. I still can make a police report calmly (actually I was so sleepy that time and I was like ‘whatever~’, hahaha). And thanks to Allah for giving me this calmness during this tough time.

Eisya said few days after the incident, “Tulah, jarang tengok Abby tenang and pandai macam ni. Selalu nampak macam bongok je.” *roll eyes again~ Hahahaha.
 
“Ada masa kita perlu berpura-pura pandai, ada masa kita juga perlu berpura-pura bodoh” - me to myself. And this incident thought me a lot about people.
 
So inilah pengalaman accident aku.

Aku bersyukur sebab sekarang tengah MCO. Kereta masuk bengkel almost a month (24 hari keretaku di bengkel, huhuhu). Kalau hari-hari kena masuk office, terpaksa naik LRT yang nun jauh di sana dari rumah aku. Bila Selayang nak ada train station ni? Dan nasib baik superiorku baik hati untuk membenarkanku WFH di saat aku perlu ke office. Gittuw~ So almost 2 months lah tak masuk office due to that accident and the WFH schedule (dalam sebulan, hanya seminggu je aku masuk office setakat ni which is the last day I’m in office was 12th February 2021).



Begitulah~

Di sebalik kesulitan, masih lagi ada kesenangan. Allah uji kita untuk kita sentiasa sedar, dalam setiap ujian yang sedikit itu, terselit banyak rahmat dan nikmat dia bagi yang kita tak duga. Banyak sangat dah Allah beri peringatan dan nikmat, kita je selalu lupa. Even my inconsistent doa pun Allah makbulkan (inconsistency due to iman turun naik. Kadang rajin kadang lupa diri. Hehehe). Nikmat Allah yang mana lagi yang aku mahu dustakan? And I always think, what did I do to have such love from Allah, aku bukan baik pun 😥
 
Dan salah satu lagi benda yang aku rasa sangat bersyukur adalah, He always makes me realize everything happen for a reason, and everything I have right now is because of Him yang Maha Pemurah, yang selalu makbulkan doa hambaNya. And to have this kind of feeling or realization is also a blessing as it makes me have more faith on Him.
 
That’s all. Niatnya tak nak tulis panjang-panjang untuk post kali ni. Tapi nampak gaya macam panjang jugak je. Huhuhu.

My brand new car~ 💖
I promise I'll drive you carefully, okay?
Thank you for stay strong, KEKDIB :')