Ramai yang bertanya dekat aku pasal SL1M. So, bila ramai sangat
bertanya, sekali lagi aku rasa terpanggil untuk bercerita apa aku buat semasa berada
di SL1M ni.
Sejujurnya aku apply SL1M ni just for backup kot-kot lambat dapat kerja and pishang duduk rumah, baik masuk SL1M, ada jugak pekdahnya. Tup tup dapat, Alhamdulillah. Thank
you Cikda sebab encourage Abby untuk apply SL1M ni. Hihihihi. Tapi ada sedikit
rasa macam malas nak pergi sebab masa dapat tu aku baru lepas habis intern, nak
fikir pasal report intern lagi, jadi rasa malas nak join. Tapi ku gagahkan jua.
Dan sekarang aku tak menyesal langsung.
Pada tanggal 15 Januari 2018, sampai lah aku di ILSAS demi melakar masa
depan yang cerah (ecewahhh). Hari ni daftar, esok dah kena pergi camping beb!
Oh by the way, camping ni kitorang panggil Outward Bound School (OBS). Tapi
actually, it was fun and tak ada lah torturing sangat. Santai-santai je. Sangat
santai, tapi selama 5 hari, no phone allowed. Pihak penganjur pegang phone
kitorang sepanjang OBS. Huhuhuhu. Tapi tak ada lah susah sangat hidup tanpa
phone, sebab we really enjoy bonding time together, gittuwww~
What we did :
1. Explorace.
2. Merentas halangan. Level
macam camping sekolah rendah dulu je.
3. High rope. Lagi rendah
daripada dekat District 21 IOI Putrajaya tapi aku masih jatuh. Hahahahahaha!
4. Wall climbing. Selamanya
takkan dapat buat sebab tangan tak kuat, pernah injured time sekolah rendah
sebab beg sekolah berat sangat, badan kecik. Percaya tak?
5. Water confident. Buat lah
banyak kali pun aku tak pernah confident sebab penakut. Hahahaha. Tapi bila dah
buat, rasa nak buat lagi.
6. Rafting. 'Sampan' buluh dan
pelampung. First time and kelakar!
7. Jungle survival. First time
jugak dan seronok! Kena masak dalam hutan. Pernah masuk hutan tapi
jungle-trekking je la, dan camping dalam kawasan kem saje. Belum
pernah camping betul-betul dalam hutan, masak bagai. Tapi aku pandai masak #donepromotediri
hiksss~
8. Corporate Social Responsibility (CSR) - Tambak sungai. Penat tapi
best sebab lepas tu mandi sungai. Wheee~ Masih tak boleh lupa incident lari
sebab takut lembu. Alaaa, rindunya :')
Group OBS. Do you wanna build a snowmannnnn~
Haaa, itu baru OBS, belum masuk lagi modul-modul dekat ILSAS yang tak
kurang juga hebatnya. Mostly, setiap modul bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.30
petang selama dua hari. Antara modul-modulnya ialah :
1. TNB Power System
(Generation, Transmission & Distribution). Tiga modul ni adalah foundation
of TNB's division. 1-day class for each division. Apa fungsi setiap division,
macam mana nak bezakan pencawang elektrik setiap division dan lain-lain lagi sebagai pengenalan apa servis yang TNB berikan kepada anda semua. Gittuwww~
2. English module. Masuk balik
kelas English macam zaman sekolah dulu, the basic one. Kau boleh bagitahu
tak, apa beza simple present tense dan present continuous? Haaa, kat sini, itulah yang kitorang belajar. Yang hebat tu, hebat la.
Tapi kalau kau rakyat marhain macam aku yang tak berapa terror English ni,
kau akan rasa, "Ohhh, macam tu...". Belajar benda basic je, tapi
sebab dah besar baru ada kesedaran tentang pentingnya English Education ni, so
belajar senang masuk macam 'zuppp naik ke atas!' compare dengan belajar
basic grammar masa sekolah rendah.
3. Business storytelling.
Untuk yang berminat buat bisnes online mungkin akan suka dengan kelas ni
sebab trainer ajar cara buat marketing dan penulisan berkesan di social media supaya nampak lebih matang dan tak banyak status yang meroyan. Hahahahaha.
Aku suka jugak kelas ni walaupun aku tak minat bisnes, sebab aku suka menulis
dan suka bercerita. Heee~
4. Interview skills. Antara
kelas yang penting. Eye contact, content, attitude, capture interviewer heart,
semua ni pengisian untuk kelas ni. Dan trainer juga ajar cara untuk kenal
personaliti diri sendiri. Penting untuk kita kenal diri kita sebelum pergi
interview dan cari kerja yang bersesuaian.
5. Image enhancement class. Or
grooming class. Or kelas melaram. Hahahaha. Kelas ni agak mengujakan bagi
orang-orang macam aku yang selekeh manjang dan failed dalam
colour-coordinate. Hahahahahaha. Tapi sebenarnya, kelas ni lebih kepada nak
ajar kau cara untuk act like a professional secara physically, verbally and
your body language. Everything is about manners and etiquette.
6. Job preparation workshop.
Di sini, kau akan belajar cara berkesan untuk job-seeking. Selain itu, ada juga diajar cara-cara tulis
resume, email etiquette. Semua pasal job preparation la.
7. Managing Excel. Ini kelas
yang paling penting bagi aku untuk fresh graduate sebab tak ramai yang tahu nak
godeh-godeh Microsoft Excel termasuk aku. Bila dah belajar, baru tahu senang je
nak guna, tak ada lah gigih semuanya nak buat secara manual. Dan kebanyakan
company juga memerlukan skill Excel ni. So, sangat membantulah kelas ni.
8. Penyata kewangan. Of course
about finance and Excel. Tak tahu nak elaborate lebih sebab kelas ni sehari je.
Hahahahah.
9. BMC. Business Model Canvas.
Sesuai untuk sesiapa yang nak belajar, nak buat dan nak mulakan bisnes.
Couldn’t elaborate more juga sebab tak minat Entrepreneurship. Hihihi. Sorry~
10. Entrepreneurship talk.
Pasal business start-up juga tapi more to self-motivation. Mr. Bill, the
speaker is awesome. Seronok dan kelakar. Dan dia punya Bahasa Melayu sangat
fasih. Kalau kau tutup mata sambil dengar dia cakap, kau akan ingat dia orang
Melayu.
Image Enhancement Class. Comeynyo blako~
Itulah apa yang aku belajar sepanjang 6 minggu dekat ILSAS, 15 Januari
2018 sampai 22 Feb 2018. Di samping itu, kitorang juga dapat beberapa pengisian rohani dan light talk, antaranya pasal Rejuvenasi Minda by Ustaz Syamsul Debat, as well as program CSR seperti pergi sekolah khas, rumah pengasih dan gotong-royong di Taman Warisan Putrajaya.
Kenapa aku suka program SL1M ni? Satu, enjoy. Dua dan yang paling penting, create memories dengan orang yang aku baru kenal satu bulan. Aku bukanlah jenis yang reti berkawan, most of the time aku suka spend time alone, tapi meeting these bunch of my friends is something priceless :') Thank you for that, friends.
Kenapa aku suka program SL1M ni? Satu, enjoy. Dua dan yang paling penting, create memories dengan orang yang aku baru kenal satu bulan. Aku bukanlah jenis yang reti berkawan, most of the time aku suka spend time alone, tapi meeting these bunch of my friends is something priceless :') Thank you for that, friends.
So currently, aku sedang on-job-training (OJT) dekat salah satu stesen
TNB (tak perlu bagitahu dekat mana sebab aku famous, nanti ramai cari aku.
HAHAHAHAHAHA! Kbai). Starts on 27th February 2018 until 13th
July 2018. Adakah masuk SL1M ni dijamin dapat kerja or diserap masuk oleh TNB?
Jawapannya jelas sekali TIDAK! Ada yang diserap tapi tak semua, ikut kekosongan
department la, kalau kau lucky enough, you might be the one. Untuk batch aku
saja dah 283 orang candidates, mustahillah untuk semuanya dijanjikan kerja kan?
Semuanya bergantung kepada effort dan rezeki masing-masing.
Untuk OJT ni, secara jujurnya ada yang dapat posting bersesuaian dengan bidang, ada yang tak. Tapi kau kena sentiasa buka minda yang itu semua rezeki. Its okay kalau kau kurang bernasib baik kat sini, at least boleh gain experience. In the meantime, kau job-seeking la kerja lain, mana tahu ada rezeki ke. Itu yang aku sedang buat sekarang. Dan bagi aku, dari pandangan picisan aku lah, SL1M ni sebagai satu platform untuk cari kerja sambil bekerja sebab kau ada lima bulan preparation untuk actively job-seeking. Ye lah, daripada membuang masa, why not join SL1M sementara menunggu dapat kerja tetap. Dapat gain knowledge and experience, duit pun masuk, kan? Sebab SL1M ni, in case semasa tengah SL1M, and kau dapat job offer yang lebih baik, kau boleh je keluar daripada program ni eventhough belum 13 Julai 2018 lagi. Jadi, tak adalah menganggur lama. Itu pendapat aku lah. Pendapat anda bagaimana? Hihihi.
Oh, dan SL1M ni bergantung kepada company. Ada duration enam bulan, ada yang lapan bulan, yang tiga bulan je pun ada.
Untuk OJT ni, secara jujurnya ada yang dapat posting bersesuaian dengan bidang, ada yang tak. Tapi kau kena sentiasa buka minda yang itu semua rezeki. Its okay kalau kau kurang bernasib baik kat sini, at least boleh gain experience. In the meantime, kau job-seeking la kerja lain, mana tahu ada rezeki ke. Itu yang aku sedang buat sekarang. Dan bagi aku, dari pandangan picisan aku lah, SL1M ni sebagai satu platform untuk cari kerja sambil bekerja sebab kau ada lima bulan preparation untuk actively job-seeking. Ye lah, daripada membuang masa, why not join SL1M sementara menunggu dapat kerja tetap. Dapat gain knowledge and experience, duit pun masuk, kan? Sebab SL1M ni, in case semasa tengah SL1M, and kau dapat job offer yang lebih baik, kau boleh je keluar daripada program ni eventhough belum 13 Julai 2018 lagi. Jadi, tak adalah menganggur lama. Itu pendapat aku lah. Pendapat anda bagaimana? Hihihi.
Oh, dan SL1M ni bergantung kepada company. Ada duration enam bulan, ada yang lapan bulan, yang tiga bulan je pun ada.
So harap menjawab lah bagi yang pernah bertanya. Sorry sebab lambat
sangat menjawab soalan, dah basi dah topik ni agaknya. Yang duk tanya-tanya aku
masa awal-awal aku join SL1M ni pun kebanyakannya dah dapat kerja dah sekarang.
Hahahahah. Tahniah guys! Doakan untuk aku pulak supaya cepat-cepat dapat kerja
tetap, okay? (Dan jodoh yang baik. Eh? Hihihi.)
Okay bye! Dah gigih explain pepanjang ni. Bo tanyo! Siapa tanya lagi aku
block terus! :D
Abang pilih yang mana, perawan atau janda~
Tapi dekat gambar ni tak ada janda :P
Mohon ajar saya lpas ni
ReplyDelete