Friday, 25 August 2017

Skin breakout



POST INI SANGAT PANJANG.

This post is about my experience dealing with skin breakout. Dulu-dulu, muka aku sangat teruk. Jerawat batu banyak. Alkisahnya bermula pada ...

Kulit start breakout time Form 4, tak tahu apa sebab, tetiba muka jadi banyak jerawat. And muka aku pun memang sangat oily. Tapi musykil la sebab tetiba sangat. Then, pergi check kat hospital and doktor bagi antibiotik and cleanser. And muka okay since then sampai laaa Form 5. Masa Form 5 tu, stop makan antibiotik sebab ubat tu menyebabkan badan aku naik (no wonder la member-member lama cakap aku makin kurus sekarang. Hiksss~). After sometimes, jerawat naik balik slow-slow sejak stop makan ubat. Jadi aku pun terpaksa continue balik makan macam-macam ubat. Lepas habis SPM, duk rumah try macam-macam la cara tradisional, tengok kat google bagai. Kayu manis la, telur la, daun apetah tak ingat. Macam-macam laaa, you named it. Semua tak jalan.

Lepas tu, masuk matrik dengan muka berjerawat (dan masih consume pelbagai ubat). And makin ke penghujung matrik, makin banyak jerawat. Ubat-ubat yang aku makan selama ni macam dah tak memberi kesan langsung dah, agaknya dah immune kot. Member semua tanya, ada yang bagi suggestion itu ini tapi aku tak buat sebab aku dah sangat takut nak try anything. Sampai lecturer pun tegur and suggest macam-macam. Masa tu hanya menebalkan muka tahan malu, hanya angguk dan "okay, nanti saya try".

Dan keadaan ini berterusan sampai laaa masuk first year degree kat Machang, time tu lagi lagi lagi lagi teruk! The worst yang pernah aku experience. Memang time first year degree tu rasa rendah diri, down, rasa unacceptable by people, low-confident, overthinking, semua yang negatif-negatif la. Bukan setakat tu saje, dia punya sakit tu, Masya Allahhh... hanya Tuhan yang tahu. Muka ni rasa bengkak dan berdenyut-denyut. Nak pegang pun rasa sakit. Kalau basuh muka, alirkan air saje, tak berani nak usap sebab sakit. Time rukuk and sujud, rasa muka sangat berat macam nak jatuh je jerawat-jerawat tu :,( Sedih bhai... Sepanjang first year degree tu, try alternative lain. Bekam untuk buang darah kotor, pergi buat facial setiap kali cuti, pakai Murad skin care, tapi still tak jalan. Bukan salah produk tu tapi memang sebab kulit terlalu bermasalah.


ni muka time first year degree. teruk kan?


Then, Ayah Chik (ayah sedara) syorkan pergi klinik pakar kulit Ting dekat Jalan Imbi tak silap. Aku dah give up time tu and cakap kat ummi, "Dah malas laa nak pergi klinik/hospital. Dah penat makan ubat tapi tak jalan jugak." Tapi ummi suruh try jugak. So, pergi je laaa dengan membawa harapan yang menggunung. Doktor tu bagi ubat Retin-A tak silap namanya (ada banyak nama, aku panggil Retin-A je la eh sebab senang nak sebut. hahahaha), serius tak ingat. Tapi ubat tu bahaya sikit sebab boleh menyebabkan kidney failure kalau tak dipantau secara berkala. Jadi, untuk control body daripada terdedah dengan sebarang problem, every 3 months tak silap (Banyak benda dah tak ingat. Hehehe) kena buat medical check-up (urine test) untuk check kidney and follow-up muka. Selain itu, sepanjang consume ubat ni, tak boleh derma darah dan tak boleh mengandung semasa dan 6 bulan selepas tamat consume ubat ni (sebab possibility tinggi untuk lahir baby yang tak sempurna sifatnya kalau consume ubat ni time pregnant). And ada sedikit pantang larang yang lain :

1. Tak boleh makan makanan yang banyak Vitamin A (daging, susu, telur dll). Dulu ayam pun aku jarang makan. Banyak makan ikan je.

2. Tak boleh terdedah matahari. Kena always pakai sunblock.

3. Cuci muka dengan cleanser yang dia bagi.

4. Kena kerap pakai lip balm sebab bibir akan sangat sangat kering semasa tengah consume ubat.

5. Tak boleh makan benda oily (ni common tips je sebenarnya).


 ni ubat yang aku makan tu. doktor bagi yang 10mg je


 rasanya ni lah kotaknya (luaran). sebulan doktor bagi sekotak (gambar google sebab ubat dah lamaaa habis. hehehe)


dan ini exactly sebijik macam cleanser, toner dan ubat jerawat daripada klinik Ting (gambar google jugak)


After 2 months, nampak agak ketara la perubahan kat muka. Then, pergi sekali lagi klinik tu untuk topup ubat. At the same time, mintak surat reference daripada doktor kat situ untuk continue buat check-up and topup ubat kat hospital kerajaan (sebab klinik swasta mahal, hospital perlu bayar yuran pendaftaran RM1 je dan ubat tak payah bayar). Then, sambung la ambik ubat kat hospital kerajaan pulak~ First trial, Retin-A kena consume for 1 year and kalau patient dah sembuh, boleh stop consume ubat. Tapi kalau masih ada jerawat-jerawat degil, kena continue for another 6 months pulak. Tapi Alhamdulillah, lepas setahun makan ubat tu, muka aku dah clear sikit, tinggal parut-parut kecik je. Dan sampai sekarang muka okay walaupun ada la jerawat sikit-sikit yang naik tapi yang normal macam orang lain la. Bukan jerawat penyakit macam dulu-dulu. So, thats all my story :,) Kat bawah ni aku summarizekan apa yang aku buat untuk sembuhkan muka aku ni so senang korang nak baca nanti. Basically kat bawah ni apa yg aku dah cerita panjang berjela kat atas (so ada information redundancy, ececehhh...), cuma yang bawah ni aku tulis dalam bentuk point.

Apa yang korang boleh buat untuk sembuhkan muka berjerawat based on my experience :

1. Pergi klinik pakar kulit. Minta ubat Retin-A dengan doktor (seeloknya tunjuk gambar ubat yang aku bagi kat atas tu sebab serius aku tak ingat dah nama dia, or cuba la jugak sebut-sebut Roaccutane ke, Isotretinoin ke). Itu pun kalau doktor bagi laaa ubat ni sebab ubat ni a bit dangerous. Kalau jerawat tak teruk sangat, dia mungkin akan bagi ubat lain yang mild sikit. Dan follow laa segala pantang larang.

2. Next appointment dengan doktor kat klinik pakar kulit tu, cuba try mintak reference letter dari dia kepada jabatan dermatologi dekat any hospital kerajaan yang korang suka untuk continue buat check-up and topup ubat sebab as we know klinik swasta is a bit expensive. Sebab ubat ni kena consume at least for 1 year untuk kau sembuh sepenuhnya. 30 tablets dalam RM100++ kalau kat klinik swasta. Itu belum campur lagi cleanser, toner and so on lagi. Sekali appointment habis dalam RM300++. Jadi, kiralah berapa RM habis kalau nak pergi klinik swasta setahun. Hahahaha.

3. Kalau hospital kerajaan, cuma bayar RM1 untuk pendaftaran and ubat tak payah bayar. Ini dalam setahun yang lepas. Sekarang tak tahu la cemana. Dengarnya, every appointment kena bayar RM5. Tapi still jimat kan compare kalau pergi klinik swasta.

4. Always pergi check-up, jangan tinggal. Bukan untuk muka saje, untuk kidney sekali.

5. Dannn... after muka dah okay and doktor pun dah cakap kau boleh berhenti consume semua ubat, stop makan semua ubat, stop pakai cleanser etc etc yang dia bagi. Tapi jangan terus tinggalkan pantang larang tu dan jangan pakai pape skin care product lagi for the time being sebab time tu muka kau pun akan sesuci murni lagi dan tak akan oily sebab kesan ubat dalam badan masih ada. Tunggu dalam sebulan dua, agak-agak muka dah berminyak sikit tu, baru boleh jadi orang normal. Cari laaa pape skin care pun (yang bersesuaian dengan kulit korang) kat Guardian/Watson and so on. Safi, Clean & Clear, Garnier etc etc. Up to you, sebab lepas makan ubat Retin-A ni, muka dah regenerate kulit baru. Aku pakai Simplysiti colour hijooo untuk acne.


cleanser, toner, bb cream, ubat jerawat


6. Itu sahaja~ Dan sampai sekarang masih kekal pakai Simplysiti. Muka aku pun sekarang dah banyak okay compare dengan dulu, but still ada laaa jerawat-jerawat manja kadang-kadang sebab aku ni malas nak pakai moisturiser sangat sebab tak suka melekit. Tapi bila tak pakai, muka jadi kering dan mengelupas, so anasir-anasir luar senang meresap ke dalam kulit (skema gila ayat). Itu yang menyebabkan jerawat-jerawat manja wujud. Time rajin pakai moisturiser, muka clear laaa sikit. Buat sementara ni, aku pakai moisturiser yang doktor hospital bagi sebab nak habiskan dulu yang tu. Kau bayangkanlah berapa lama nak habis kalau sebesar nutella dia bagi. Hahahahahah. Tapi soon dah kena tukar moisturiser, sebab dah nak expired. Hehehehe.


moisturiser yang doktor bagi. actually, lagi besar drpd normal size nutella

Okay, itu sahaja. Macam tak summarize pun kan... Hahahahahaha. Takpe la, asalkan sampai apa yang aku cuba sampaikan. Good luck, semoga berjaya dan selamat mencuba.

*Kalau ada yang tak suka makan ubat and tak nak cuba cara aku ni, its okay. Post ni untuk share pengalaman je, ini bukan tips kecantikan. Hehehehehe :3 Tapi untuk cara aku ni, WAJIB REFER DOKTOR, jangan main bedal je makan ubat.


 ni muka aku sekarang selepas setahun stop consume ubat. kalau ada jerawat pun, jerawat normal je


Wednesday, 23 August 2017

Hi there!

Happy bornday, my second blog :D

My first blog is masa zaman sekolah dulu (zaman jahiliah :P) tapi dah gone/deactivated.
Sebab malu baca blog sendiri~ Hahahahaha.