![]() |
My brand new car~ 💖 I promise I'll drive you carefully, okay? Thank you for stay strong, KEKDIB :') |
![]() |
My brand new car~ 💖 I promise I'll drive you carefully, okay? Thank you for stay strong, KEKDIB :') |
WARNING! This post is kinda long, dramatic and melancholic. Please bear with me.
Actually, I’ve been writing this post since 15th Dec 2020. But I keep it to edit this post untuk susun ayat cantik-cantik. But, things happen one after another that makes me keep on adding stories here without even ready to post it. But, I think this is the right time to post it since the initial intention of this post memang pasal my three cats named Puteh, Baby and Abu. The trio.
So, I think I just remain the original (initial) post and keep on writing like a journal. So here it is :
WROTE ON 15th DEC 2020
I just feel like want to share a random story about my cats. Recently, there’s few things happen to my cats. Baby terkepit dekat pintu pagar automatik, Oyen batuk dan muntah-muntah and the most sad moment is when Puteh gone missing 😭.
Both Baby and Oyen are okay now. Baby’s accident was on 19th
Nov 2020, sempat stop pagar tu tapi her leg couldn’t function well lah sekejap,
nampak dia macam tempang kejap. No injured for Baby, physically lah. I didn’t
bring her to clinic since she looks okay. Cuma sehari selepas kejadian, dia
agak statik, mungkin masih sakit untuk bergerak. Sekarang dah aktif memanjat
dan berlari. Tapi, what makes me happy since then is, she’s a bit manja.
Hehehe. Dulu bukan main susah nak pegang dia, sibuk main ke sana sini je. Sekarang sekaki je dengan kita. Dah mula nak diriba. Not sure if it’s a good sign, but as
long as she can eat, poop, pee and play as usual, I guess there’s nothing to
worry about. Seminggu selepas tu, Oyen pulak batuk-batuk dan muntah-muntah but
nothing serious, just sebab banyak makan! 😑
And Puteh, haihhh… he is the most naughty and noisy yet the most manja one. Sunyi betul sejak dia hilang, dah tak ada bunyi high pitch "Waaaeeeee" bila nampak kita. Dia punya manja tu, pantang nampak kita mesti nak mengiau dan diriba. So memang dia nampak je kita duduk, terus dia parking atas kita siap-siap dan minta dibelai, digosok. Betullah orang cakap, lagi banyak pe’el, lagi teringat-ingat dan rindu. Went missing on 7th Dec 2020. Aku fikir sebab dia dah besar (8 bulan), dia pandai balik rumah sendiri so aku tak cari lah for the first few days, plus that week aku kena pergi office, balik pun dah Maghrib. Start mencari lepas beberapa hari dia hilang so memang tak ada harapanlah nak jumpa 😢. Tapi kali ni, aku redha dia hilang (unlike my first batch kittens yang hilang umur 2-3 bulan) sebab dia dah besar, aku rasa dia boleh survive kat luar sana. Dan kalau pun umur dia tak panjang, aku redha, asalkan dia tak perlu hadap bahaya luar.
Puteh ni sejenis suka kacau yang lain, semua diajak bergurau. Baby pula garang, tak suka dikacau. Tapi Baby ni kalau time tidur mesti cari Puteh, tambah-tambah time hujan. Samalah juga dengan Abu. Puteh ni rapat dengan Abu, to be exact, Abu suka rapat dengan dia. Suka nawww kacau dia, jilat-jilat dia, tidur nak peluk-peluk macam bantal, memang ter-paling bestfriend lahhh. Dia tak main dengan yang lain macam dia main dengan Puteh. Sampai risau nengoknya sebab dua-dua jantan and Abu the only cat yang belum ‘sunat’. I jokingly call Abu ‘Gay’ 😂.
Tapi sejak Puteh dah tak ada, dua ekor ni dah tak ada bantal peluk 😢. But there’s one day, I saw Baby went to sleep next to Abu who was also sleeping. Being Abu who is sooo warm and full of affection, he just like open his arms, hug Baby and jilat-jilat kepala Baby like patting her to sleep. I’m so touched by his gesture UNTIL! Baby berbunyi sikit. Then I just, ketuk sikit kepala Abu and said, "Jilat je, jangan kekoh (gigit)". Hahahaha. Then they sleep soundly in each others embrace.
![]() |
Abu : Selagi boleh peluk, saya peluk 😄 |
Seeing this makes me feel, they might missed Puteh,
especially Baby who become more and more manja since Puteh left. Haihhh,
bergenang air mata ni. And also makes me think, Abu is reallyyyyyy a good boy
who is so warm, gentle and full of affection. Paling senang nak jaga, paling
polite. Dia nampak bekas makanan dah dikerumun yang lain, instead of menyelit
macam yang lain, dia tunggu (literally tunggu dan beratur di belakang) sampai
yang lain siap makan baru dia jamah. Since dia yang paling tua, dia macam act
like the eldest towards others.
In future, if you want to reject someone that you kinda think like ‘he/she is too good to be true for me’, instead of saying, "Awak terlalu baik untuk saya", just say "Awak terlalu Abu untuk saya". Meh~
Puteh bukan anak Joonie, dia kucing masjid yang ikut abah balik dari masjid waktu Subuh. Masa mula-mula sampai rumah hari tu, aku terkejut bila pergi kat sangkar dorang, nampak seekor kucing putih kecil sesat dalam sangkar. Pening fikir, “Rasanya aku dah tutup pintu sangkar semalam, macam mana boleh masuk?”. Then waktu breakfast baru abah bagitau dia yang bawa balik dari masjid. First few weeks, dia susah nak ngam dengan yang lain, garang dengan kucing tapi manja dengan kita. Aku dan Eisya ada lah bawa dia pergi masjid balik first 2 weeks tu sebab nak cari mak dia, kot dia ada mak ke kan. Tapi memang tak ada kucing betina pun dekat masjid. Pastu sempatlah main-main dekat masjid, letak dia pastu tengok dia pergi mana, mana tahu dia pergi kat tempat asal dia keee, dan kitorang acah-acah nak tinggal dia. Tapi dia still ikut kitorang. Sebab time tu dia kecil lagi, langkahnya tak cukup besar untuk kejar kitorang, dia berhenti kejar dan terus panggil "Waeeeeee" 😂. Agaknya dia cakap, “Nak ikutttt, janganlah tinggal saya” :') Hahaha. Rindunyaaa dia. Baru 5 bulan jaga dia tapi rasa macam dah lama. Anak-anak Joonie pun tak manja macam dia.
![]() |
From this : First day, 11th July 2020. Masa ni agaknya dia dalam 3-4 months |
![]() |
To this, muka "I'm done" 😂 : Hilang 7th Dec 2020 |
But, we’ll just move on and cherish whatever we have now. Duk teringat yang dah tak ada, yang ada ni nanti terabai pula. Alhamdulillah sekarang semua kucing dah manja.
A week before he left, aku kurang manjakan dia sebab Oyen
sakit, so Oyenlah yang dimanjakan. Lepas settle bagi makan ubat semua dekat
Oyen, barulah panggil dia. Tapi dia macam merajuk buat tak tahu je bila kita
panggil. But luckily hari Ahad, Oyen dah tak payah makan ubat hence Puteh pun dah
dapat parking dia balik 😊. Lamaaaa aku belai dia sebab dah lama tak manjakan dia.
Esoknya hilang. I feel so grateful aku sempat belai dia. Adalah sedikit rasa
terkilan sebab seminggu dia macam cold dengan aku, tapi aku akan lagi terkilan
kalau aku tak sempat manjakan dia langsung sebelum dia hilang.
Wherever you are, please be safe, Puteh 💗
And if you face difficulties, please come back. We miss you.
WROTE ON 28th JAN 2021
Sejak Puteh hilang, Baby macam nampak sedikit pasif. I was thinking she’s missing Puteh. Tapi rupa-rupanya… itu tanda-tanda awal dia sakit. Dia start nampak sakit awal bulan Jan 2021. Kucing sakit ni biasanya selain nampak pasif, selera makan juga hilang. Tapi since Baby ni bukan jenis makan beria sangat, so susah untuk detect dia sakit. Wetfood je dia beria makan. So bila dia pasif, I just thought that she feels lonely sebab Puteh dah tak ada. Sampailah aku perasan yang dia sangat sangat kurang makan tapi perut dia buncit dan dia pun jalan sangat tak bermaya. Since then aku start monitor dia closely until one day aku bagi dia wetfood, tapi dia tak nak makan. That time baru ter-'klik', 'This is something serious'. This is my first experience kucing sakit teruk so aku kurang alert sikit.
![]() |
Little did I know she was already sick that time 😔 |
Khamis, 14 Jan 2021 :
So, I decided to bring her to clinic. Actually there’s one
clinic (Selayang Vet Clinic dekat Paragon Utama) yang aku selalu pergi dan
sangat sangat suka doktor-doktornya sebab dorang baik, telus dan sangat detail explanationnya. But since the clinic is closed on Thursday, terpaksalah bawa Baby
ke klinik lain, klinik Joonie pergi awal-awal dulu. There’s one thing about this clinic yang aku kurang suka. Dia macam suka loleh-loleh
(bertangguh-tangguh). Macam waktu nak mandulkan Joonie dulu, dia
tangguh-tangguhkan sebab katanya jantung Joonie lemah untuk buat operation.
Bila pergi Paragon, elok-elok je doktor tu mandulkan dia. I don’t want to talk
much about this clinic. Indeed, ada something happen yang aku tak suka when I
bring Baby to this clinic but I’m just too lazy to write about it. Plus, I
already found another clinic that is 10 TIMES WORST than this clinic. So, I
just let it slide.
Back to the check up stories, when I came to this clinic,
the doctor said she is suspected FIP (Feline Infectious Peritonitis). So the doctor
did some test on her. Dia macam test air kencing tapi dia keluarkan air dari
perut Baby sebab Baby ni symptom dia is busung perut. So, the doctor took one
syringe of the fluid inside Baby’s stomach and put on urine indicator. And the result memang prone to FIP 😥. Lets just fast forward to Friday. Malas nak cerita panjang pasal klinik ni since I'm unsatisfied with the service.
Jumaat, 15 Jan 2021 :
Since aku tak puas hati dengan servis klinik semalam as the doctor didn’t explain the details and adalah sebab-sebab lain, so aku bawa Baby lagi sekali ke klinik. Kali ni aku pergi klinik Paragon. So, I told the doctor the past sickness chronology, and also about the yesterday’s checkup. Then she said, “Kalau dia dah suspect FIP, so lets just do FIP test”. This time around, we did the ultrasound for Baby to find which part is affected and berapa banyak cecair yang ada dalam badan Baby. Baby also had a blood test. While waiting for the blood test, doctor said that actually we can remove out the excessive fluid dalam badan Baby tu, which is doktor semalam tak buat dan tak bagitahu pun yang sebenarnya fluid tu boleh dibuang sepenuhnya instead of just keluarkan one syringe for the urine test. Haihhh...
Okay, so while removing the fluid, she explain about the FIP.
“FIP is actually a coronavirus that attacked only cats (that’s why the name is Feline …). This is not a new virus for cats as it is very common in cat communities. Dia berjangkit melalui najis and the recovery rate is 0%. So far, we don’t have the vaccine yet for this virus. Actually dah ada tapi still dalam proses clinical test dan belum masuk market. The whole set of vaccine cost is approximately RM 8k and need to cucuk the cat every day for 6 months. For now, the only thing we can do is to give steroids to slower the virus activities. So, untuk cecair dalam perut dia, saya akan keluarkanlah so that dia akan dapat quality of life. Baru senang sikit dia nak jalan, perut tak berat.
Tak perlu kurung dia sebab at this state, dia dah tak
akan infect your other cats. Kalau terjangkit sekali pun, should be at the
early stage. So just monitor je kucing lain, kalau ada symptom sama,
cepat-cepat bawa pergi klinik.”
So, dapatlah about 200ml cecair kuning dalam perut dia 😟. Banyak tu. Lepas tu baru nampak Baby segar sikit. Then doctor cakap lagi, “Kalau lepas ni nampak perut dia buncit balik, boleh datang untuk keluarkan lagi air dalam badan. That was the least we can do.”
Of course I’m speechless, walaupun dah surf internet just before the first checkup and dah aware pasal FIP, I'm still in denial state at that moment...
So, bermulalah perjalanan menjaga kucing sakit. Since dia tak nak makan, I need to feed her everyday. Makan wetfood yang sangat-sangat cair guna syringe. Minum pun dah kena paksa sebab dia dah tak nak apa-apa langsung. Pastu kena makan ubat lagi. How hard to feed her? It's hard. Sebab dia pun struggle tak nak makan. Cuma tak struggle teruk je sebab dia sendiri pun dah tak banyak energy nak lawan/cakar aku. Tapi kalau suap 3 syringe, adalah dalam 1 setengeh je yang betul-betul masuk sebab dia pandai keluarkan balik.
Aku tak kurung dia, aku biar je dia kat luar. Dia pun just duduk statik dekat bawah meja belakang rumah (tempat tersorok). Memang begitulah symptom kucing sakit, duduk satu tempat saja tak pergi mana-mana. Tempat yang gelap. Tapi hari Sabtu ke Ahad, aku nampak dia tetiba dah ada kat luar pagar rumah dan dah masuk kawasan lapang sebelah rumah aku. Aku terkejutlah sebab dia still ada energy nak panjat keluar pagar. Mungkin sebab perut dia dah ringan. Tapi dia just duduk je dekat situ. Aku rasa dia ada intention untuk lari tapi sebab dia tak larat, dia berhenti sekejap. Tak sempat sambung perjalanan, dah kantoi dengan aku. Orang cakap biasanya kucing kalau they felt like they are dying, they will run away from their owner. Dia tak nak tuan dia sedih atas kematian dia 😢.
So, aku ambil dan bawa dia masuk, dan dia stay
dalam kawasan rumah sampai petang.
Isnin, 18 Jan 2021 :
Dia dah start tidur dengan aku dalam bilik this week. Tapi siang hari aku letak dia dekat luar sebab aku kena pergi office. So pagi tu aku bangun sedikit awal untuk suapkan dia makan dan bagi ubat sebelum pergi kerja. Lepas dah suap makan, aku letak dia kat luar dan naik ke bilik untuk siap-siap. Sebelum gerak ke office, aku carilah dia sekejap untuk tengok keadaan dia, tapi dia tak ada. Aku rasa dia keluar lagi. Tapi sebab dah lambat nak pergi kerja, aku tak cari sangat, just cari kejap je kat kawasan lapang tu. Pastu aku minta tolong Eisya dan kakak tolong carikan. Sepanjang hari kat office rasa tak tenang. Banyak kali whatsapp Eisya suruh cari dan cari dan cari lagi. Tapi dorang still tak jumpa. Sebabkan terlalu risau, hari tu aku balik betul-betul on time dan pecut balik rumah. Sempat sampai sebelum Maghrib, aku cari dia lagi sekali sambil panggil nama dia. Tetiba dengar sayup-sayup je suara dia. Masa ni dia dah tak ada suara sangat dah. Rupanya dia ada dekat bawah tong sampah besi besar (yang biasanya orang construction guna tu) kepunyaan jiran belakang rumah. Tak jauh sangat pun dia rupanya dari rumah aku. Dan dengan pertolongan seorang akak amoi ni, aku dapat keluarkan dia sebab dia tak nak keluar sendiri. Thank you, amoi 💗.
So sejak tu, aku decide untuk kurung je dia. Siang aku kurung kat luar rumah, malam dia
tidur dengan aku. She didn’t actually sleep pun, mungkin sebab menanggung sakit dan tak selesa. Kejap-kejap dia tersedar, pastu mengiau kejut aku. Kejap-kejap
dekat tempat dia, kejap-kejap bawah ketiak aku, kejap-kejap atas perut aku,
kejap-kejap dekat kaki. Everytime dia beralih tempat, dia akan mengiau pandang
aku. Memang kesian sangat tengok dia restless sangat, nak tidur pun susah.
Khamis, 21 Jan 2021 :
Dia dah tak boleh gerak langsung. Biasanya, bila aku jenguk dia dalam sangkar lepas balik kerja, dia akan mengiau dan bangun pergi dekat pintu sangkar dia. Tapi hari tu dia terbaring je menghadap opposite pintu sangkar, bila buka sangkar dia masih tak bangun, hanya suara je yang menyahut. Pusing kepala pun tak. Dia dah sangat-sangat lemah. Aku angkat dia bawa masuk rumah, bagi dia makan. Kali ni, dia masih cuba melawan tapi dah terlalu tak bermaya dah. Bila aku letak dia dekat lantai, dia dah tak berjalan macam biasa dah, mengengsot guna kaki depan je, kaki belakang dah lembik terus 😭. Dia dah nazak.
Selepas settlekan dia, aku
tinggalkan dia dekat bawah kejap dengan kakak ipar dan naik solat Maghrib and
Isyak. Lepas Isyak aku turun, dia masih melepek atas bantal yang aku sediakan, tak bergerak walau seinci. Bila panggil dah tak menyahut, suara dah tak keluar, perut je naik macam sedang berusaha untuk mengiau tapi still suara tak keluar. Once in a
while, nampak dia tarik nafas dalam-dalam macam orang tengah nazak.
Malam tu sebelum tidur, aku sembang dengan dia sambil nangis. I keep on saying “Abby sayang Baby tau. Sorry kalau tak dapat bagi yang terbaik untuk Baby”. Dia tengok je aku sambil kelip mata. Setiap ayat yang keluar, setiap tu perut dia naik macam nak mengiau tapi suara tak keluar so dia kelip mata sahaja. Sorry if I sound like obsess or stupid or weird or over dramatic sebab cakap dengan kucing and act like boleh faham apa dia cakap, and semua benda jadi ‘aku rasa’, ‘agaknya’ dan blablabla… It may sound sickening to you but sorry, I can’t help it. Memang jadi lemah bila dengan kucing dan rasa macam tahu je apa yang kucing aku cuba sampaikan. I’m sorryyyyy 😔.
Jumaat, 22 Jan 2021 :
I keep on talking to her sampai tertidur sambil pegang tangan dia. Dalam pukul 2 pagi, aku tersedar. Mata dia masih terbuka, staring at me tapi dia dah tak bernafas 😭. Aku tutup dia dengan kain alas dia and crying like hell until I fall asleep again after crying more than 1 hour, I guess. So, I was literally sleep with corpse that night for approximately 3-4 hours. Hahaha.
Pukul 6 pagi, aku bangun mandi solat semua. Dah siap, aku bagitahu Eisya and kakak yang Baby dah takde dan kitorang kapankan dia. Pukul 7 pagi, aku bagitau Abah and serahkan Baby dekat Abah untuk tanam. Aku tak dapat tanam dia sebab aku masih kena pergi office hari tu. On the way to office, menangis lagi macam orang putus cinta sepanjang perjalanan ke office. Pukul 9 pagi Abah call and bagitahu yang dia dah nak tanam dah Baby.
![]() |
Kecil je dia. Kurus. Abu kat tepi setia menemani :') |
Sedih. Sedih tak terkata. Tapi Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku supaya dia mati depan mata aku, supaya aku dapat uruskan bangkai dia dan dia ditanam dengan baik, bukannya dibiarkan bergelimpangan macam tu je tepi jalan. Aku juga bersyukur, aku jadi orang terakhir dia tengok sebelum dia mati, dia mati dengan ada orang dekat sebelah dia. Haihhh, dah lah. Dah banjir teruk ni.
20th Mar 2020 to 22nd Jan 2021 |
WROTE ON 19th FEB 2021
Almost 2 weeks after Baby died, Abu went missing. Kali ni
kitorang sangat risau sebab takut tak balik terus macam Puteh, walaupun dia lagi tua
daripada Puteh dan besar kemungkinan dia pandai balik sendiri. Sebab tak nak jadi macam Puteh (lepas beberapa hari hilang
baru cari), so we are actively searching for him.
He went missing on 31st Jan 2021 evening. Panggil
makan tak balik-balik. So I was just bersangka baik yang dia pergi somewhere
dekat-dekat je, walaupun actually time tu dah rasa lain macam. Pagi esoknya dia
masih tak balik, so kitorang start cari dia pagi petang. Nasib baik minggu tu
minggu WFH, tak ada lah kalut nak pergi kerja or balik lewat. Sampailah petang
3rd Feb 2021, aku cakap dekat Eisya,
“Eisya, kalau hari ni tak jumpa juga, Abby tak nak cari
dah. Abby rasa dia dah jauh or mungkin orang dah ambik. Dia datang rumah kita hari tu pun tak tahu dari mana, entah-entah orang punya juga.”
Pagi 4 Feb 2021, waktu aku bagi Oyen dan Becky main kat luar kawasan rumah, tiba-tiba dengar kucing mengiau di balik kereta sorong belakang rumah. At first I thought it was Joonie but Joonie was in front of me. Aku belek kereta sorong tu dan…
“Abuuuuuu! Abu pergi manaaa lama tak balik???”
Sedikit dramatik di situ sebab sangat terkejut dan happy dia balik. Tak tahulah dari mana dia datang padahal dah lama juga lah aku duduk dekat situ. So terus dukung dia dan panggil yang lain sekali makan wetfood. Nampaklah kurus sikit, 4 hari tak dapat proper meal agaknya. Dan aku belek-belek dia juga, takut-takut kalau ada luka mana-mana, tapi he looks okay. Sejak dah balik, dalam 2-3 hari jugaklah bila nampak aku je terus letak kepala kat kaki 😊. Rindu lettewwwww~ Abu ni sejenis manja juga tapi manja yang kena dipanggil. Kalau panggil dan ambil dia, dia akan stay atas riba lah. Lain dengan Puteh, dia yang datang ke kita dengan “Waeeeeee” dia tu. Yang lain pula, memang tak lekat lama atas riba.
He looks fine since then until last Friday, 12th
Feb 2021.
Jumaat, 12 Feb 2021 :
Start nampak tak sihat bila dia jilat ubat kutu yang aku
calit dekat tengkuk Becky. Dia ada batuk-batuk sikit tapi sekejap je. Nothing serious.
Sabtu, 13 Feb 2021 :
Start nampak pasif, asyik tidur je. Always at the same
spot until aku keluar petang tu untuk topup makanan dorang, time tu baru dia
bangun tidur. Jalan masih laju, cuma banyak termenung.
Ahad, 14 Feb 2021 :
Semakin pasif, dah tak nak makan kibbles, air je duk minum
banyakkkk gila. Bagi wetfood pun makan sikit je. Bawa masuk dalam bilik pun dah tak
excited. Badan tetiba menggigil dan panas, telinga pun panas. Aku
syak demam sebab cuaca panas sekarang ni. Tapi aku risau juga kalau-kalau dia
kena penyakit macam Baby sebab Baby dulu pun start teruk bila dia dah tak
nak makan.
Isnin, 15 Feb 2021 :
I decided to bring him to Paragon clinic tapi klinik tutup sempena CNY, kebetulan sokmo tutup time emergency macam ni 😂. I have no choice but to bring him to other clinic
(bukan klinik yang Baby pergi sebelum bawa ke Paragon). I thought klinik
yang hari tu dah teruk, but this one is WORST! Doktor tu cakap Abu tak demam dan dia makan okay je. I was like… “Are you serious, doctor?”. Badan dia panas kot,
kalau setakat suap secalit wetfood memanglah dia makan. Dia bau makanan, dia
try dan baru dia decide nak teruskan makan or tak. Kalau dia sihat memang dia
makan sampai habis, kalau tak sihat dia akan try je. Yang doktor tu cakap “DiA
MaKaN” tu baru berapa mulut je.
“Dia tak demam pun, saya suap okay je. Tapi saya dah bagi
vitamin, kalau tak okay lepas seminggu datang follow up. Okay semua sekali
RM60.”
Dah lah owner kena tunggu luar tak boleh masuk, kita nak
explain our observation for the past 3 days pun tak sempat, dia dah bawa Abu masuk dalam klinik dan cakap kucing aku tak demam. Aku tak faham apa
rasionalnya owner tak boleh masuk. Kalau owner tak boleh masuk, macam mana
doktor nak tau past history kucing? Tahulah jaga SOP, tapi janganlah buat SOP
irrational sangat. Kucing tu boleh cakap ke, “Saya demam dah 3 hari, 3 hari
lepas saya tertelan ubat kutu awek saya”. Macam tu?
Selasa, 16 Feb 2021 :
Dia dah nak tak makan langsung 😔. Masih boleh berjalan tapi dah sangat lemah. Berjalan 2-3 langkah, berhenti
ambil nafas. Jumpa bantal terus baring. Dan aku decide untuk letak dia dekat
bilik, senang nak monitor. Dia pun baring je atas katil dari pagi sampai
pukul 12 tengah hari. Aku ada letak litter box sebelah dia, tapi agaknya dia dah letih sangat, dia bangun
dari bantal dan terus kencing atas tilam. Dan disebabkan aku terkejut, aku
cepat-cepat angkat dia masuk litter box sambil dia terus memancut kencing dia.
Tak sempat nak selamatkan tilam tapi tak banyak sebab dah angkat dia dan letak
dalam litter box.
Tapi… lepas angkat je dia, breathing dia dah unstable, dia dah berbunyi lain macam. Aku cuba tenangkan dia kejap, then dia okay. Tak lama tu dia dapat balik difficulty in breathing sambil keluarkan bunyi macam orang asthma. Dan senyap balik, on off on off every half an hour. Dia pun dah tak senang duduk, kejap cari bantal dia, kejap duduk atas lantai, kejap masuk dalam carrier. Dan dia kencing lagi atas bantal dia. Kali ni aku letak bantal dia dekat lantai dengan lapik plastik. And I was like, “This is not a good sign”, “He might have FIP like Baby”, “His time is coming”, “He’s not gonna make it”. We all thought so. Even Abah pun datang jenguk dia dalam bilik aku and to my surprise, Abah pun menangis 😭 and said to Abu, “Takpelah, nanti tunggu kitorang kat sana okay?” 😥.
Abu and Abah macam ada strong bonding. Abu is Abah’s favourite.
Abah also Abu’s favourite. Dia sangat dengar kata Abah, dia sangat baik dan
cheeky, sangat gentleman dengan adik-adik (kucing lain). Kalau dia nampak Abah
kat luar rumah, tak kira lah tengah basuh kereta ke, kemas stor ke, siram pokok
ke, dialah yang paling excited. Nampak Abah je terus berlari sana sini acah-acah busy,
macam Abah main dengan dia 😂. Padahal Abah tak adalah mengadap dia pun, just
panggil-panggil dia je.
Disebabkan makin serius, aku terus call klinik Paragon and buat appointment
petang tu, nasib baik klinik tu dah buka. Sampai klinik, walaupun aku datang
awal sikit dari waktu appointment, doktor treat Abu dulu sebab kira emergency
case. Lepas dah bagi sickness chronology to the doctor and doctor pun already done the checking, doktor cakap most probably not FIP sebab dia demam. Kucing yang FIP takkan
demam. YESSS! DEMAM! Not as per doktor klinik satu lagi tu cakap. Aku sedih
betul ada doktor yang tak telus, buat kerja hanky panky macam ni. Sedih aku. Dua klinik dah macam ni. Aku tak tahu sama ada aku ni yang terlampau
demand atau memang dua klinik ni yang problem. Or mungkin benchmark (quality
service klinik Paragon) yang aku letak terlalu tinggi.
So, since dia demam and have difficulty in breathing, doktor
buat lung ultrasound to confirm whether it is FIP or other things. Ultrasound
showed that memang ada fluid dekat area jantung dia, so same process like Baby,
doktor cuba keluarkan air dari lung dia, and it is not FIP. Bukan cecair kuning,
tapi darah. He has lung infection which is darah dah kumpul
sekitar jantung dia buatkan jantung dia have lesser space to pump the blood,
sebab tu dia mencungap-cungap and susah bernafas. Infection might be due to
open wound, boleh jadi sebab bergaduh or terperangkap di mana-mana. Dan aku
terus ter-klik, “Benda ni jadi masa dia hilang ke?”. I told the doctor he was
missing last 2 weeks. Doktor tanya if there's any wound sekitar dada dia lepas
dia balik. And it is possible he got the infection during that time, might be due
to internal bleeding sebab memang tak ada nampak luka pun lepas dia balik. Dah
puas belek dah.
Recovery rate still ada tapi nipis, about 1% - 2% sahaja.
Dan melihat kepada keadaan Abu waktu tu, doktor cakap he should be treated as
ICU patient, kena pasang intubator and buat operation untuk keluarkan darah tu. Disebabkan darah tu dekat lung area, doktor tak boleh sewenang-wenangnya buang darah tu macam dia buat dekat Baby dulu sebab takut tercucuk jantung dia, boleh mati on the spot. So the only hospital haiwan yang ada intubator and boleh buat surgery tersebut is UPM, Serdang which is jauh and they
might not take this case due to Covid-19 and MCO. The only thing we can do is
to give him a long-term antibiotic consumption. Hence, doctor gave one week
antibiotic dan kena follow up after one week to see if he responsive to the
medicine or not. She also said, don’t let him feel stress as it might tighten
up his lung and he could have a heart attack.
Sekali lagi speechless...
Here comes the second thing that I regret the most during this hard time (the first one is bila aku tersalah angkat dia waktu dia kencing atas tilam sebab aku tak tahu dia ada lung problem 😞).
He has been in my room since morning and he wanted to stay outside. I let him. But I guess I need to cage him because I’m afraid that he will run away, just like Baby.
My instinct said, “I’ll let him to sit and stay wherever he wants, he will not going out from this house area. He will stay”.
But my selfishness said “I need to cage him for a while, biar dia duduk dan tengok pemandangan luar dulu, malam karang sebelum tidur aku bawa dia masuk tidur dengan aku. Takut dia ada cubaan larikan diri macam Baby je. Dan kalau kena kacau dengan kucing/anjing lain macam mana? Aku tak nak dia hadap bahaya kat luar. Kalau dia heart attack kat luar macam mana? Kalau dia ditakdirkan pergi, aku nak dia pergi depan mata aku, sebelah aku.”.
So, since I’m so stupid and selfish, I cage him outside waktu Maghrib which cause him to feel stress. Lepas Isyak aku datang tengok, dia dah tak senang duduk, breathing dia makin laju. He’s fighting nak keluar but he don’t have energy. Dia dah terlentang macam orang yang dah nak meninggal, mata dah pandang atas dan tarik nafas dalam-dalam. Aku cepat-cepat keluarkan dia. Dia punya betul-betul nak keluar tu sampai yang tadi lemah terus segar and laju je keluar sangkar. Nampak dia dah tenang sikit, aku bawa masuk dia dalam rumah pula, which is caused him double stress 😭. Dia dah tak tentu arah balik. Bising-bising dan tunggu depan pintu. Aku dah tak tahu nak buat apa, menangis semahu-mahunya. Kesian tengok dia nak keluar, tapi risau nak biar dia kat luar malam-malam. Then, I just decided to let him go. Aku biar je dia duduk kat luar, tak kurung dia. Dia masih lagi mencungap-cungap, sedih sangat tengok dia masa tu. After a while dia tenang sikit. I talk to him,
“Sorry sebab kurung Abu tadi. Abby takut Abu lari. Abby tak
nak Abu sakit kat luar nanti.”
“Abby dah tak kurung Abu dah. Abu duduk luar diam-diam okay?
Jangan main luar rumah tau. Duduk sini je. Abu jaga diri okay? Abby masuk dulu.
Esok pagi kita main lagi okay? Kita makan ubat ye esok. Jaga diri.”
For everything I said, dia mengiau sambil gasping, it feels
like he understand what I’m saying and he try to reply me, or he might want to
say “I’m gonna leave soon. You too, take care 😊”.
Dari muka dia, dari cara dia mencungap-cungap, dari cara dia pandang and jawab aku, aku dapat rasa yang dia dah tak lama, but I still hope I can see him tomorrow morning.
Rabu, 17 Feb 2021 :
“Jaga diri.” – That was my last word to him.
Aku keluar rumah awal daripada biasa sebab nak check on him,
lepas Subuh dah cari dia. Panggil tak menyahut. Check everywhere, and found him
under my car. Sleeping but without breathing. Tak ada dah naik turun naik turun
perut buncit dia. He found dead, under my car. On my birthday.
It was so heartbreaking…
But I guess he purposely choose to sleep under my car so that he can die there as he don’t have the chance to die in my arms. Or maybe Allah had plan this as I was dyingly wanted him to die in front of my eyes just like Baby, but He made my car as the replacement. I can’t be there for him during his last breath, so he sit under my car instead to ‘fortress’ himself to feel safe before die. That was good enough for me. Dan aku still boleh uruskan bangkai dia and tanam elok-elok macam Baby.
Selepas siap kapankan dia, aku ikut Abah pergi tanam dia. Kali ni dapat ikut sebab aku purposely ambil cuti hari tu sebab nak renew lesen kereta and do few things. Actually, I already planned to take leave on this day long time ago. But Allah always have a better plan, He takes Abu on that day so aku boleh uruskan dia sepenuhnya.
Abah tanam dia dekat padang yang sama dia tanam Baby. Tidak
bersebelahan tapi dekat. Waktu dah gali tanah, Abah tanya, “Abby nak angkat
Abu?”. You know kalau manusia, angkat mayat ke liang lahad is the last
contribution kepada si mati. So, that was my last contribution to Abu :’)
Begitulah… Memang kitorang uruskan bangkai kucing macam cara
uruskan jenazah manusia, kapan dan tanam. Cuma tak dimandikan sahaja. Kapan pun
tak ada berlapis-lapis kain pun. Cukup sekadar satu lapis kain, tak nak bagi
terlalu berbau. Takut ada haiwan liar lain pergi korek balik ‘kubur’ dia.
Dia mati sangat cepat and we didn’t expect it. Baby mati seminggu selepas check up kat klinik. And before that dia dah nampak tanda-tanda sakit long time ago cuma aku je tak alert sebab that was my first time dealing with cat's serious sickness. Abu pula dia baru sakit 3 hari, hari ke-4 bawa pergi vet, malam tu dah tak ada. Agak terkilan dan rasa serba salah for everything I've done during his last day 😭😭😭. Sebutir ubat pun dia tak sempat makan. Tapi tak apalah. Itu pun yang aku selalu minta sejak Baby sakit lagi, “Ya Allah, kalaulah kucing aku menghidap sakit yang tidak akan sembuh, kau cepatkanlah ajalnya supaya dia tak terseksa lama”. Nampak terseksa sangat bila dorang tengah nazak.
Masih ingat second day dia start sakit, aku sempat peluk dan tepuk dia which is susah nak buat sebelum ni sebab dia tak duduk suka duduk diam lama-lama. Agak lama juga peluk dia time tu 😭
Abu ni kucing yang sangattt baik. Dia ada aura yang lain daripada kucing lain, selain daripada dia punya strong bonding dengan Abah. Makan selalu mengalah macam apa yang aku tulis di atas. Kalau tidur pula, mesti nak peluk adik-adik. Dia suka jilat adik-adik. Aku ada terbaca, kucing kalau jilat diri sendiri, maksudnya dia membersihkan badan dia. Kalau dia jilat kucing lain, itu cara dia express love. And Abu have so much love and affection towards adik-adik, walaupun dorang bukan adik-beradik. Waktu Baby sakit dulu pun, dia yang jilat Baby sebab Baby sendiri pun dah tak larat nak ‘mandi’ sendiri.
![]() |
Hari-hari terakhir Baby ditemani Abu :') |
![]() |
The day he came to our house 😘 : 30th Aug 2020 30th Aug 2020 to 17th Feb 2021 |
He is indeed beloved by everyone.
And I always pray,
........................................................................................................................................................
That’s all my story. Now, kucing yang aku kira manja dengan aku semuanya dah pergi. Yang tinggal sekarang ni manja dengan kakak dan Eisya je. Daripada 9 ekor (Joonie dan anak-anak (6 ekor), Puteh dan Abu), sekarang tinggal 3 je. 3 ekor bagi orang, seekor hilang, 2 ekor mati. Yang tinggal sekarang Becky, Oyen dan Joonie. Itupun Joonie dah tak duduk rumah ni. Dia balik makan je. Tak tahulah mana rumah baru dia. Tapi ubat kutu tak putus every month.
![]() |
Becky dan Oyen |
Actually, semua kucing aku ni kurang manja dengan aku. Puteh, dia manja dengan aku tapi kalau ada Eisya, dia lebih memilih Eisya. Baby memang tak manja dengan orang langsung, sejak terkepit pagar je baru start nak manja-manja. Abu pula dia pantang diriba oleh sesiapa saja terus lentok, tapi still favor Abah. Tapi bak kata Eisya, kucing ni dia tak manja dengan orang yang jaga makan minum dia, dia akan manja dengan orang lain. Agaknya dorang ni tak suka aku sebab sakit sikit je, kena pergi klinik. Sakit sikit je, kena makan ubat. Pastu kena potong kukulah, korek telingalah, cuci matalah 😂.
Beginilah kucing kalau outdoor and tak kurung. Senang terdedah dengan bahaya luar, terjangkit dengan kucing liar lain. Aku memang jaga kucing aku macam kucing indoor, vaccinated, ubat kutu every month, mandi bila dah sampai masa, cuci telinga and mata. Tapi setakat tu je aku mampu buat, I can’t make them indoor cats. I also didn’t have intention to cage them outside because I want them to be free. Sebab bagi aku kalau seharian kurung, itu bukan pet. Pet is freedom but indoor. But I can't let them stay inside the house. So the least I can do is to give them freedom, with monitor of course. Tapi takkan aku nak monitor dorang 24 jam kat luar semata-mata nak bagi dorang sentiasa sihat dan selamat? Lagipun, I never plan to pet them at the first place nor a cat-lover before. But, Joonie came as a rezeki to our house and it is my responsibility to take care of them, lama-lama dah jadi sayang. At least cukup makan minum, tak perlu dorang menagih simpati dekat kedai makan atau korek tong sampah kat luar. That was my intention, and I’m very aware of the possibility kucing akan hilang or sakit. But, that’s all I can do :’)
Hilang dah my trio. Actually, this
post’s title pada asalnya aku letak ‘The Trio’ sebab tiga-tiga ni suka bermain
bertiga dan buas sikit daripada yang lain. Waktu masing-masing ada lagi dan
sihat, dorang ni lah yang suka keluar main luar rumah sama-sama, dah macam bestfriend.
Terkejar-kejar ke sana sini dekat kawasan lapang sebelah rumah tu. Tapi bila
panggil nama seekor-seekor, “Puteh! Abu! Baby! Balik! Dah Maghrib ni!". Tuuu
tuuuu tuuuu tuuuu tuuuuuu laju je berlari masuk rumah macam budak-budak kena
marah dengan mak sebab masih main luar rumah waktu Maghrib. Hahahaha.
And it is originally chosen as the post title because the post is meant for the story of the incomplete trio sebab Puteh hilang. But since one after another is being taken from me, hence I think the new title suit the post.
'My Catizens in Catopia'
Just if you guys are wondering :
Hence, this post is about my cats that
already in heaven (passed away) or might be in heaven now (went missing) ~
Happy New Year!
THANK YOU 2020
HELLO 2021
2020 has been a tough year for everyone due to the pandemic, COVID-19. Nevertheless, there's still a lot of blessing that I face EVERY SINGLE DAY. I'm sorry if what I'm going to say after this might be unpleasant for some of you guys as I might sound a bit cocky, but my intention is nothing more than to show my gratitude to Allah that even in this situation, I'm still doing good. Also, to remind myself that Allah plan is never wasteful regardless how hopeless I think I am. We have been through MCO quite long, almost about 1 year. Some people have to WFH since March until now and some people still struggling and never had rest since the COVID-19 spread (kudos to our frontliners 👏). But, I am very lucky to get the chance to experience both equally up until now. Some week I need to standby in the office, some week I can just WFH. It's flexible. Things like this always help me to remind myself, there's must be a reason for every single thing that Allah had planned for us and I already found the reason why Allah put me here, where I am now. It's the thing that I've been wondering since 2018 when I started to become an adult. Alhamdulillah...
I know it's easier said than done or senanglah-cakap-you-are-not-in-my-shoes but I sincerely pray for all of you who are hardly affected with this pandemic will get your rewards sooner.
Okayhhh! I'm not gonna draggg my introduction too long.
Bismillah, Assalamualaikum 2021~ Agittuewww~ 😂
Awal tahun 2020 hari tu aku ada post azam tahun baru di Instagram. Jadi, aku rasa terpanggil untuk meng-audit diri sama ada aku buat/capai tak apa yang aku azamkan tu. Lebih kurang macam nak check KPI lah, meet expectation tak? Hehehe.
Lechugooo!
So, this is the list of my resolutions and I'm gonna comments one by one and rate myself. Satu azam satu markah. Since there's about 10 resolutions, so the full mark is 10 lah. And the marks is based on the effort, not the results.
Effort > Result 👍
So markahnya 5/10 sahaja. Allahuuu~ Masih jauh lagi perjalananmu ini, Wan Adibah. Huhuhu.
Tidak mengapa, barang lepas jangan dikenang. Buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga tahun 2021 akan membawa lebih banyak kejayaan. Aminnn~
Aku berkira-kira untuk buat audit macam ni jugak nanti pada akhir tahun 2021 because I want to always keep on track on my self development. But since I think my resolutions for 2021 is a bit personal and confidential, I want to keep it to myself first until the audit day, kalau panjang umur.
Okay now, I want to show buku apa yang buat aku teruja sangat tu.
![]() |
Tadaaaaa~ |
Someone recommend this book and I kinda think I need it. Katanya buku ni untuk orang yang nak unfollow the flow, yang nak keluar dari zon selesa, yang nak try benda baru, yang nak against the World. Not literally the World, but their own World. Since I was thinking to improve myself in many aspect especially in social life, I think I really need this book to gain some knowledge and at least to pinjam sikit the confident from the writer. I do believe every writer is brave, smart, confident and carefree because they can voice out their opinion and knowledge confidently to help people out there. It's a noble job, man. I wanna be like them too, hopefully.
And the other two beli sebab nak cukupkan quota untuk dapat free postage. Hihihihi. Tapi buku 'The Art of Letting God' ni memang dah lama nak beli sebab tertarik dengan tajuk dan designnya. 'Sebelum Kita Bernikah' tu pulak beli sebab katanya buku ni pasal self-improvement jugak regardless dah nak kahwin atau masih belum nampak bayang jodoh lagi. Tapi bila beli and tengok isi kandungannya, macam untuk orang-orang yang dah ready je 😂. Tak apalah, since doa saja tak cukup, ini masih boleh dikira sebagai effort kan? 🙊
Okay, that's all for now. Sekian sahaja audit dari saya. Semoga Wan Adibah menjadi seorang yang terbaik untuk diri sendiri.
Dear Wan Adibah,
Jangan malas!
Sentiasa kekal produktif but don't be too hard to yourself!
Control your emotions!
Tolong improve diri sendiri!
HAPPY 2021 EVERYONE!
-xoxo-